Jenis-jenis Cat

Posted by staff 26/10/2016 0 Comment(s)

Sebelum menghasilkan sesuatu lukisan, seorang pelukis perlu mengetahui jenis-jenis cat yang sesuai digunakan untuk lukisan yang bakal dihasilkan. Terdapat pelbagai jenis cat yang boleh digunakan mengikut gaya dan jenis lukisan yang hendak dihasilkan. Antara jenis cat yang ada ialah :

 

Cat Air

 

 

Cat air merupakan pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub. Cat air biasanya bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali dan membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan. Pengilat yang sesuai untuk digunakan ialah gam arab.

 

 

 

Cat Minyak

 

 

Cat minyak ialah pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub. Cat minyak biasanya bersifat legap, licin, berkilat atau kasar dan berjalinan bergantung kepada teknik yang digunakan. Bahan pengilat yang sesuai digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair dan memekatkan cat.

 

 

Cat Tempera

 

 

Cat tempera merupakan pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk.Cat ini sesuai digunakan  ke atas kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya. Antara ciri cat ini ialah lutsinar hampir lembut seperti catan air di atas kertas. Cat ini akan memberi kesan seperti catan cat minyak jika digunakan pada permukaan keras dan tebal. Pengilat yang sesuai digunakan ialah kuning telur.

 

 

Cat Akrilik

 

 

Cat akrilik diperkenalkan pada tahun 1940-an. Cat ini ialah pewarna yang dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto.

 

 

Cat Poster

 

 

Cat poster ialah pewarna dalam bentuk tiub atau botol dan cat ini bersifat legap. Cat ini sesuai digunakan di atas kertas katrij tebal atau licin dengan menggunakan berus pelbagai saiz jenis lembut atau keras. 

 

 

 

Jika anda berminat dengan lukisan kaligrafi dan ingin membeli lukisan kaligrafi untuk dijadikan hiasan, anda boleh melayari islamicart.my

Leave a Comment