Jenis-jenis Tulisan Khat

Posted by staff 17/10/2016 3 Comment(s)

Pada masa kini, pelbagai jenis kaligrafi telah dihasilkan. Setiap kaligrafi akan dibezakan berdasarkan bentuk huruf dan fungsi tulisan tersebut. Setiap jenis kaligrafi mempunyai kaedah pembuatannya yang tersendiri. Oleh itu, jom kita kenali jenis-jenis tulisan khat yang selalu dijadikan hiasan di dinding-dinding rumah atau pejabat.

 

Khat Diwani

Khat ini jarang digunakan dalam penulisan biasa kerana tulisannya agak susah untuk dibaca dan ditulis. Namun, khat ini tetap menjadi kegemaran para seniman kerana bentuk tulisannya yang unik. Bentuk tulisan khat ini tegak, lurus dan sedikit condong.

 

Khat Nasakh

Khat Nasakh merupakan khat yang biasa digunakan dalam penulisan bahasa arab sama ada dalam penulisan buku atau kaligrafi. Khat ini selalu digunakan kerana ia mudah dibuat dan dibaca. Khat ini merupakan khat yang paling banyak dikenal oleh masyarakat.

  

Khat Kufi

Khat ini mudah untuk dibuat kerana ia mempunyai bentuk yang tegak dan lurus. Khat ini selalu digunakan sebagai hiasan di dinding-dinding bangunan seperti rumah atau masjid.

 

Khat Thuluth

Khat ini merupakan khat yang paling disukai oleh para seniman kaligrafi. Bentuk khat ini hampir sama dengan khat nasakh tetapi sedikit berbeza pada cara penulisannya iaitu pada penghujung tulisan ini ditulis sedikit panjang dan condong. Namun, tulisannya tetap mudah untuk dibuat dan dibaca.

 

Khat Diwani Jali

Khat ini merupakan perkembangan daripada khat diwani. Khat ini telah divariasikan yang telah menjadikannya sedikit berbeza dari khat diwani.

 

Khat Farisi

Khat ini memerlukan kemahiran yang tinggi kerana ia mempunyai banyak garis melengkung yang panjang. Namun begitu, khat ini jarang digunakan kerana agak susah untuk membacanya.

 

Khat Riq’ah

Bentuk khat ini hampir sama dengan bentuk khat nasakh. Khat ini juga biasa digunakan oleh para guru atau ulama dalam penulisan mereka kerana tulisan khat ini lebih cepat dan mudah berbanding khat nasakh. Bentuk tulisannya lebih kecil dan lebih condong ke bawah berbanding dengan khat nasakh. Penulisan khat ini cukup mudah tetapi agak sukar untuk dibaca bagi orang yang masih baru menggunakan khat ini. 

 

 

Jika anda berminat dengan lukisan kaligrafi dan ingin membeli lukisan kaligrafi untuk dijadikan hiasan, anda boleh melayari islamicart.my

 

3 Comment(s)

Syarifah Nur Athirah:
02/11/2017, 03:50:27 PM
Reply

Bagus....☺☺☺☺

Syarifah Nur Athirah:
02/11/2017, 03:50:29 PM
Reply

Bagus....☺☺☺☺

darwiashwan:
06/02/2018, 03:52:40 PM
Reply

info ini memang membantu saya...termima kasih bro

Leave a Comment