Islamic Wall Art - Al Falaq Square Kufi Calligraphy on Canvas Color Style (FAL100)
Sebagai Peringatan: Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.'' Oleh yang demikian, dengan menggantung hiasan ayat-ayat Allah mahupun hadith Rasulullah SWT semata-mata adalah tidak bermanfaat selain dari mengindahkan santapan mata sahaja, ianya perlulah dijadikan amalan dan mudah-mudahan ada manfaatnya dengan menggantung hiasan-hiasan seperti ini, insyaAllah.
Maksudnya
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, 2- dari kejahatan makhluk-Nya, 3- dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita 4- dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, 5- dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”.
Hadith/Quran
- Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).” (HR Muslim r.a.)
- Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”
- Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”