Islamic Wall Art - Al Ikhlas in Square Kufi Calligraphy on Wall Sticker (IKH102)

Pre-Order Islamic Wall Art - Al Ikhlas in Square Kufi Calligraphy on Wall Sticker (IKH102)

Sebagai Peringatan: Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.'' Oleh yang demikian, dengan menggantung hiasan ayat-ayat Allah mahupun hadith Rasulullah SWT semata-mata adalah tidak bermanfaat selain dari mengindahkan santapan mata sahaja, ianya perlulah dijadikan amalan dan mudah-mudahan ada manfaatnya dengan menggantung hiasan-hiasan seperti ini, insyaAllah.

 

Maksudnya

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
  2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
  3. “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
  4. “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

 

Hadith/Quran

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
----------------------------------
Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
-----------------------------------
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
-----------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

Kelebihan

Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.
Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
 .
“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Captcha
  • RM278.00

Available Options